Tawaran sukan musim luruh: Jimat 80% dan nikmati liputan sukan langsung dengan harga lebih murah.

Lindungi setiap permainan musim luruh ini dengan diskaun 80%. Dapatkan tawaran

Dapatkan diskaun
Sports Campaign Super
Trustpilot
28K Ratings

VPN yang berfungsi di seluruh dunia

Aplikasi serba lengkap anda untuk privasi, keselamatan dan kebebasan dalam talian

%
Tawaran istimewa: Dapatkan diskaun sehingga 80% + 4 bulan tambahan

Dapatkan ExpressVPN

verified Jaminan wang dikembalikan dalam tempoh 30 hari untuk pengguna baharu

info mobile

Nikmati dunia digital yang lebih bijak
dan lebih selamat

Satu langganan ExpressVPN memberikan anda akses kepada rangkaian alat privasi dan keselamatan yang berkembang pesat dan berfungsi secara lancar untuk melindungi kehidupan digital anda.

Img Hero4
  • Smart Location

    Protokol Lightway: sambung dengan pantas dan jimatkan hayat bateri

  • Feather Combined Shape

    Sokongan sembang langsung 24/7: dapatkan bantuan pada bila-bila masa

  • 05

    Mudah digunakan: keselamatan yang berfungsi dengan 1 ketikan, tetapkan sekali sahaja

1 langganan.
Perlindungan menyeluruh.

Dapatkan lebih banyak manfaat daripada VPN anda bersama ExpressVPN.

  • Image@2x

    ExpressVPN

    VPN terunggul dalam industri yang menawarkan privasi dan keselamatan rangkaian termaju sejak 2009.

  • Image@2x 1

    ExpressAI

    Rasai kuasa AI tanpa mengorbankan privasi anda. Kini tersedia pada ExpressVPN Pro.

  • Image@2x 2

    ExpressKeys

    Simpan kata laluan, butiran kad dan nota peribadi tanpa had dengan selamat menggunakan pengurus kata laluan kami.

  • Image@2x 4

    Identity Defender

    Tersedia untuk pengguna di Amerika Syarikat, Identity Defender ialah suite perlindungan kecurian identiti yang terbaik.

  • Image@2x 3

    ExpressMailGuard

    Tingkatkan perlindungan e-mel anda dengan perkhidmatan geganti e-mel peribadi kami yang serasi secara universal.

Apakah itu VPN?

Homepage
virtual private network

VPN, atau rangkaian peribadi maya, ialah terowong selamat antara peranti anda dengan internet. VPN melindungi anda daripada pengintipan, gangguan dan penapisan.

Apabila anda menyambung ke pelayan VPN yang selamat, trafik internet anda melalui terowong tersulit yang tidak dapat dilihat oleh sesiapa pun—termasuk penggodam, kerajaan dan penyedia perkhidmatan internet anda.

Mengapa ExpressVPN?

  • Pelayan di 113 buah negara Rangkaian global kami bermakna sentiasa ada sambungan yang boleh dipercayai berhampiran anda.

    Pelayan di 113 buah negara

    Rangkaian global kami bermakna sentiasa ada sambungan yang boleh dipercayai berhampiran anda.

  • Penyulitan terbaik dalam kelasnya Setiap sambungan diamankan dengan AES-256, iaitu piawaian yang dipercayai oleh pihak bank.

    Penyulitan terbaik dalam kelasnya

    Setiap sambungan diamankan dengan AES-256, iaitu piawaian yang dipercayai oleh pihak bank.

  • Sokongan sembang langsung 24 jam Sama ada untuk pemasangan atau penyelesaian masalah, kami sedia membantu anda.

    Sokongan sembang langsung 24 jam

    Sama ada untuk pemasangan atau penyelesaian masalah, kami sedia membantu anda.

  • Teknologi TrustedServer Pelayan kami beroperasi sepenuhnya pada RAM, jadi semua data dipadamkan sepenuhnya pada setiap but semula.

    Teknologi TrustedServer

    Pelayan kami beroperasi sepenuhnya pada RAM, jadi semua data dipadamkan sepenuhnya pada setiap but semula.

  • Kelajuan sepantas kilat Kelajuan puncak sehingga 1,177 Mbps seperti yang diuji secara bebas oleh Tom's Guide.

    Kelajuan sepantas kilat

    Kelajuan puncak sehingga 1,177 Mbps seperti yang diuji secara bebas oleh Tom's Guide.

  • Berfungsi pada setiap platform Aplikasi khusus untuk Windows, Mac, iOS, Android, Linux dan penghala.

    Berfungsi pada setiap platform

    Aplikasi khusus untuk Windows, Mac, iOS, Android, Linux dan penghala.

  • Gunakan pada sehingga 14 peranti Had penggunaan yang luas supaya anda tidak perlu risau tentang had peranti.

    Gunakan pada sehingga 14 peranti

    Had penggunaan yang luas supaya anda tidak perlu risau tentang had peranti.

  • Tiada log aktiviti Kami tidak pernah merekodkan sejarah pelayaran, destinasi trafik atau alamat IP anda.

    Tiada log aktiviti

    Kami tidak pernah merekodkan sejarah pelayaran, destinasi trafik atau alamat IP anda.

  • VPN premium #1 di dunia Sentiasa dinilai sebagai VPN terbaik oleh pengulas dan dipercayai oleh berjuta-juta pengguna.

    VPN premium #1 di dunia

    Sentiasa dinilai sebagai VPN terbaik oleh pengulas dan dipercayai oleh berjuta-juta pengguna.

Apa kata orang ramai tentang ExpressVPN

Seperti yang dipaparkan di

Manfaat dan kelebihan VPN

Laptop screens demonstrating the before and after process of changing a user's IP address.

Tukar lokasi anda

Penggunaan VPN mengubah alamat IP anda, iaitu nombor unik yang mengenal pasti diri anda dan lokasi anda di dunia. Alamat IP yang baharu menyukarkan pihak lain menentukan identiti dan lokasi sebenar anda. Dengan ExpressVPN, anda boleh kelihatan seolah-olah berada di UK, Amerika Syarikat, Kanada, Australia atau mana-mana daripada 113 buah negara.

Download VPN provided the best-in-class 256-bit encryption.

Lindungi privasi anda

Menukar alamat IP anda dengan VPN membantu melindungi identiti anda daripada tapak web, aplikasi dan perkhidmatan yang ingin menjejaki anda. VPN yang baik turut menghalang penyedia internet, pembawa mudah alih dan sesiapa sahaja yang mungkin mendengar daripada melihat aktiviti anda, berkat lapisan penyulitan yang kukuh.

Router VPN that covers all devices.

Tingkatkan keselamatan anda

Penggunaan VPN melindungi anda daripada pelanggaran keselamatan dalam pelbagai bentuk, termasuk pengintipan paket, rangkaian Wi-Fi palsu dan serangan man-in-the-middle. Para pengembara, pekerja jarak jauh dan pelbagai individu yang sentiasa bergerak menggunakan VPN setiap kali mereka berada pada rangkaian yang tidak dipercayai seperti Wi-Fi awam percuma.

Bilakah saya perlu menggunakan VPN?

Jika privasi penting bagi anda, anda perlu menggunakan VPN setiap kali anda menyambung ke internet. Aplikasi VPN beroperasi di latar belakang peranti anda supaya ia tidak mengganggu semasa anda menggunakan aplikasi lain dan melayari internet. Anda juga beroleh ketenangan fikiran kerana mengetahui bahawa privasi anda sentiasa dilindungi.

Namun begitu, berikut ialah beberapa situasi apabila VPN amat berguna:

  • Airplane flying over the world.

    Semasa mengembara

    Menjelajah dunia tidak bermakna anda perlu mengubah cara anda menggunakan internet. VPN membolehkan anda menggunakan internet seolah-olah anda masih berada di negara asal, sejauh mana pun anda mengembara.

  • Enjoy the content you want: streaming TV and music on a laptop.

    Semasa berhibur

    VPN membolehkan anda menikmati tapak dan perkhidmatan yang anda gemari tanpa pemerencatan ISP yang boleh menjejaskan pengalaman anda atau sekatan sepenuhnya oleh ISP mahupun rangkaian Wi-Fi setempat anda.

  • Stay safe on public Wi-Fi: using a laptop in a coffee shop.

    Semasa menggunakan Wi-Fi awam

    Menyambung ke tempat liputan Wi-Fi awam seperti di kafe, lapangan terbang dan taman boleh mendedahkan maklumat peribadi anda kepada risiko. Penggunaan VPN pada peranti anda memastikan anda selamat dengan penyulitan yang kukuh.

  • Devices for gaming.

    Semasa bermain permainan video

    Penggunaan VPN membuka akses kepada permainan, peta, skin dan tambahan lain yang mungkin disekat pada rangkaian anda. Ia turut melindungi anda daripada serangan DDoS serta mengurangkan ping dan kelewatan keseluruhan.

  • Download anonymously. Laptop with download icon.

    Semasa berkongsi fail

    Perkongsian fail P2P lazimnya bermakna orang yang tidak dikenali boleh melihat alamat IP anda dan berkemungkinan menjejaki muat turun anda. VPN memastikan alamat IP anda kekal peribadi, membolehkan anda memuat turun dengan tahap kerahsiaan identiti yang lebih tinggi.

  • Shopping browser window.

    Semasa membeli-belah

    Sesetengah kedai dalam talian memaparkan harga yang berbeza kepada pelanggan di negara yang berlainan. Dengan VPN, anda boleh menemui tawaran terbaik di dunia tidak kira dari mana anda membeli-belah.

Bagaimanakah VPN berfungsi?

Untuk memahami cara VPN berfungsi, adalah lebih baik anda memahami terlebih dahulu cara sambungan internet anda berfungsi tanpa VPN.

Tanpa VPN

Apabila anda mengakses sesebuah tapak web tanpa VPN, anda disambungkan ke tapak tersebut melalui penyedia perkhidmatan internet anda, atau ISP. ISP memberikan anda alamat IP yang unik yang boleh digunakan untuk mengenal pasti anda kepada tapak web tersebut. Oleh sebab ISP anda mengendalikan dan mengarahkan semua trafik anda, ia dapat melihat tapak web yang anda lawati. Aktiviti anda juga boleh dikaitkan dengan anda menerusi alamat IP unik tersebut.

Dengan VPN

Apabila anda menyambung ke internet dengan VPN, aplikasi VPN pada peranti anda (juga dipanggil klien VPN) mewujudkan sambungan yang selamat dengan pelayan VPN. Trafik anda masih melalui ISP anda, tetapi ISP tersebut tidak lagi dapat membacanya atau melihat destinasi akhirnya. Tapak web yang anda lawati tidak lagi dapat melihat alamat IP asal anda, sebaliknya hanya alamat IP pelayan VPN yang dikongsi oleh ramai pengguna lain dan berubah secara berkala.

  • Tidak Bersambung Bersambung
  • What is a VPN? image.Laptop with an unsecured connection to the internet with an eye looking at traffic data between the laptop and the internet.
Berikut ialah beberapa konsep utama berkaitan VPN yang akan membantu anda memahami cara VPN berfungsi dan manfaat yang ditawarkannya:

Pemproksian

Pelayan VPN bertindak seperti proksi, atau pengganti, bagi aktiviti web anda: Sebaliknya daripada alamat IP dan lokasi sebenar anda, tapak web yang anda lawati hanya akan melihat alamat IP dan lokasi pelayan VPN.

Hal ini menjadikan anda lebih anonim di internet.

Pengesahan

Mewujudkan sambungan yang selamat merupakan masalah rumit yang diselesaikan menerusi matematik yang bijak dalam proses yang dipanggil pengesahan.

Setelah disahkan, klien VPN dan pelayan VPN boleh memastikan bahawa kedua-duanya berhubung antara satu sama lain dan bukan dengan pihak lain.

Penerowongan

VPN turut melindungi sambungan antara klien dengan pelayan menerusi penerowongan dan penyulitan.

Penerowongan ialah proses yang mana setiap paket data dikapsulkan di dalam paket data yang lain. Hal ini menyukarkan pihak ketiga membacanya semasa dalam transit.

Penyulitan

Data di dalam terowong turut disulitkan sedemikian rupa sehingga hanya penerima yang dimaksudkan dapat menyahsulitkannya. Hal ini memastikan kandungan trafik internet anda kekal peribadi sepenuhnya. Penyedia perkhidmatan internet anda pun tidak dapat melihatnya.

Jenis-jenis VPN

  • Laptop with a plant and drink.

    VPN komersial

    VPN komersial, yang turut dikenali sebagai VPN peribadi atau VPN pengguna, ialah perkhidmatan persendirian yang ditawarkan terus kepada individu, lazimnya dengan bayaran.

    ExpressVPN ialah perkhidmatan VPN sedemikian kerana ia memenuhi keperluan privasi pelanggannya secara langsung.

  • Pie chart.

    VPN korporat

    VPN korporat, yang turut dikenali sebagai VPN perniagaan, membolehkan pekerja jarak jauh sesebuah organisasi menyambung ke internet dengan selamat seolah-olah mereka berada secara fizikal di pejabat.

    Namun begitu, berbeza dengan VPN komersial, VPN korporat bertujuan melindungi privasi syarikat dan tidak semestinya privasi individu.

  • Spanner and wrench.

    VPN pasang sendiri

    Sesetengah pakar teknologi dan peminat DIY memilih untuk memasang VPN mereka sendiri menggunakan peralatan sendiri.

    Namun begitu, VPN pasang sendiri tidak menyediakan perlindungan alamat IP yang dikongsi, lokasi pelayan di pelbagai negara mahupun banyak lagi ciri lain yang dinikmati oleh pengguna VPN komersial.

Soalan Lazim

Mengapakah ExpressVPN merupakan salah satu penyedia VPN yang terbaik?

ExpressVPN sentiasa dinilai sebagai salah satu penyedia VPN yang terbaik atas komitmennya terhadap privasi, kelajuan dan kebolehpercayaan. Dengan dasar tanpa log yang diaudit oleh firma bebas, aktiviti dalam talian anda kekal peribadi - malah daripada kami sendiri. Rangkaian pelayan kami di lebih 100 buah negara menyampaikan sambungan yang pantas dan selamat, sama ada anda sedang membuat penstriman, bermain permainan video atau melayari internet. Teknologi TrustedServer yang termaju memastikan data tidak pernah ditulis pada cakera keras, seterusnya meningkatkan lagi keselamatan.

Bagaimanakah cara memilih penyedia VPN?

Pemilihan penyedia VPN bergantung pada keperluan anda. Utamakan ciri privasi seperti dasar tanpa log, penyulitan dan suis pemutus. Cari pelayan yang pantas serta bilangan lokasi pelayan yang banyak bagi memastikan penstriman, permainan video dan pemintasan sekatan geografi berjalan lancar. Untuk ketahanan terhadap penapisan, pilih VPN yang terbukti boleh dipercayai di kawasan yang mempunyai sekatan ketat. Akhir sekali, pastikan VPN tersebut menyokong peranti anda dan menawarkan sokongan pelanggan 24/7.

Apakah perkara yang paling penting berkaitan VPN?

Keselamatan yang kukuh, kelajuan yang pantas, lokasi pelayan yang luas dan sambungan yang boleh dipercayai merupakan antara ciri VPN yang paling penting. Cari penyulitan termaju, dasar tanpa log dan suis pemutus demi privasi anda. Pilih VPN yang mempunyai pelayan berkelajuan tinggi dan liputan global bagi memastikan pelayaran serta penstriman berjalan lancar.

Adakah VPN sah di sisi undang-undang?

Ya, VPN adalah sah di kebanyakan negara dan lazim digunakan oleh individu serta perniagaan untuk melindungi privasi dan mengamankan aktiviti dalam talian. Namun begitu, sesetengah negara yang mempunyai peraturan internet yang ketat mungkin menyekat atau memantau penggunaan VPN. Sentiasa semak undang-undang setempat jika anda tidak pasti. Perlu diingat bahawa penggunaan VPN tidak menjadikan aktiviti yang menyalahi undang-undang itu sah.

Adakah ExpressVPN boleh dipercayai?

Ya, ExpressVPN amat boleh dipercayai. Dasar tanpa lognya yang ketat, yang diaudit secara bebas oleh firma pihak ketiga, memastikan aktiviti dalam talian anda tidak pernah direkodkan. Ciri keselamatan termaju seperti penyulitan AES-256 dan teknologi TrustedServer melindungi data anda, manakala kes undang-undang yang lalu telah membuktikan bahawa tiada data pengguna untuk dikongsi. Perlindungan ini menunjukkan komitmen ExpressVPN terhadap privasi dan ketelusan.

Mengapakah perlu memilih ExpressVPN berbanding VPN percuma?

VPN percuma sering kali disertai risiko seperti merekodkan data anda, menyuntik iklan atau menjual sejarah pelayaran anda. Sebaliknya, ExpressVPN menawarkan sambungan yang pantas dan boleh dipercayai tanpa had lebar jalur, penyulitan termaju untuk privasi, liputan pelayan global di 113 buah negara serta sokongan pelanggan 24/7. Demi keselamatan dan prestasi, VPN premium merupakan pilihan yang lebih selamat.

Bolehkah VPN memintas penapisan?

Ya, VPN boleh memintas penapisan dengan menyulitkan trafik internet anda dan menyalurkannya menerusi pelayan selamat di negara lain. Hal ini menyamarkan alamat IP sebenar anda sehingga kelihatan seolah-olah anda melayari internet dari lokasi yang berbeza. VPN termaju turut menggunakan teknologi pengaburan untuk memintas tembok api di kawasan yang mempunyai sekatan ketat, seterusnya memastikan akses kepada tapak web dan aplikasi yang disekat.

Peranti manakah yang disokong oleh ExpressVPN?

ExpressVPN menyokong Windows, Mac, iOS, Android, Linux, Apple TV, Android TV, Fire Stick TV dan banyak lagi. Anda juga boleh menggunakan penghala Aircove yang mempunyai fungsi VPN terbina dalam untuk melindungi semua peranti Wi-Fi, termasuk konsol permainan, loceng pintu pintar dan pembantu suara.

Bolehkah saya menggunakan ExpressVPN semasa mengembara atau bercuti?

Ya, ExpressVPN sesuai digunakan semasa mengembara. Ia mengamankan sambungan internet anda pada Wi-Fi awam dan melindungi data anda dengan penyulitan termaju. Anda boleh mengakses perkhidmatan dalam talian dari negara asal anda, seperti platform penstriman atau aplikasi perbankan, di mana sahaja anda berada. Selain itu, ExpressVPN membantu anda memintas sekatan serantau, membolehkan anda membuka tapak web dan aplikasi yang mungkin disekat di lokasi anda

Get Deal Now